Rabu, 10 Oktober 2012

sofwer buat PC kamu

Tahukah anda bahawa penjagaan komputer yang baik mampu memanjangkan 'nyawa' komputer anda? Jika anda pandai menjaga komputer anda seperti menjaga kekasih anda,  gunakanlah 10 tahun, mesti ok je semua. Kalau kena hantar kedai pun mungkin disebabkan perlu upgrade komponen yang dah ketinggalan zaman. So, untuk tutorial komputer yang pertama ini saya kenalkan dulu software yang perlu ada dalam komputer anda.

********************
WAJIB ADA
Antivirus- Paling penting pastikan komputer anda dilengkapi dengan antivirus. Kalau boleh dapatkan yang lengkap dengan antispyware dan antimalware. Setakat ini antara yang disebut-sebut sebagai terbaik dan tak membebankan loading komputer ialah Kaspersky dan Bitdefender. Baik pilih Kaspersky sebab ada gambar Lee Chong Wei...Hehe...


Microsoft Office- Kebanyakan komputer hari ini biasanya dah ada microsoft office kerana ia mempunyai microst word yang mudah digunakan. Jika komputer anda tidak mempunyai microsoft office, lebih baik anda install.



Chrome/mozilla- Dua browser yang sentiasa bersaing, dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Jika anda inginkan kelajuan, maka pilihlah chrome kerana ianya ringan (setakat ini) dan banyak addon yang akan memudahkan anda. Tetapi jika anda inginkan browser yang lebih selamat, pilihlah Mozilla.


 
CCleaner- Semakin lama anda menggunakan komputer anda, semakin beratlah ia dengan segala sampah dan   registry yang hilang. Jadi gunakan CCleaner untuk membuang segala data yang rosak dan tidak digunakan lagi.http://www.piriform.com/ccleaner

Launch Data Recovery- Saya amat amat sarankan komputer anda mempunyai software ini. Tahukah anda apabila anda membersihkan sampah daripada recycle bin anda, file-file tersebut sebenarnya masih ada lagi di komputer anda. Jadi sekiranya anda tak sengaja terbuang file yang penting, anda boleh gunakan software ini untuk mencari balik file yang dibuang tadi.http://download.cnet.com/ParetoLogic-Data-Recovery/3000-2056_4-10793039.html

********************

HARUS ADA
Auslogics Disk Defragment- Jika anda rasakan masa yang diperlukan untuk defrag komputer anda terlalu lama menggunakan software yang sedia ada, cuba guna software ini.http://www.filehippo.com/download_defraggler/


Photoshop CS- Jika anda seorang blogger atau seseorang yang minat bergambar, software ini dikategorikan sebagai wajib ada. Memberikan anda kuasa untuk mengedit gambar mahupun mencipta efek dan gambar menarik.

Audacity- Jika anda minat untuk bereksperimentasi dengan muzik dan inginkan satu software yang percuma dan mudah digunakan, audacitylah jawapannya.http://www.filehippo.com/download_audacity/

Macromedia Flash- Software yang membolehkan anda menghasilkan animasi bergerak dalam bentuk flash mahupun membuat iklan, macromedia flash boleh membantu anda.

Cyberlink PowerDirector- Anda minat untuk menghasilkan satu filem dengan efek-efek yang menarik? Cyberlink power director membolehkan anda mengedit video dan menambah efek pada video anda. Ia juga membolehkan anda mengedit video yang diambil pada layar hijau untuk membuat efek seperti dalam filem-filem hollywood.

Orbit downloader- Melajukan download file anda daripada direct link sahaja seperti mediafire.http://www.filehippo.com/download_orbit_downloader/



TuneUp Utilities- Jika anda inginkan software yang benar-benar melajukan komputer anda untuk kegunaan harian atau untuk bermain game selain membersihkan segala data yang rosak, software ini mungkin membantu anda. 


Speedbit Video Accelerator- Akhir sekali ialah speedbit video accelerator. Ia mampu melajukan streaming anda dan bergantung juga kepada internet connection anda. Adakalanya anda boleh menonton video terutama dia youtube tanpa buffering.http://www.videoaccelerator.com/


Sila klik entri seterusnya untuk cara mudah mencari software, keygen dan crack di internet.

Read more: Software Yang Perlu Ada Di Komputer/ Laptop Anda! ~ Akal Emosi 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar